MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com

Kehidupan Seorang Penghafaz al-Qur'an


Kehidupan  yang  akan menjadi  cermin  pada  al-Qur’an.  Pada  saat  itu,  kita  akan  tinggalkan  suasana  kehidupan  kita  yang  dahulu  iaitu  kehidupan  sebelum  melangkah  ke daerah  menghafaz  al-Qur’an.  Bahkan  kita  perlu  berubah  dalam  pelbagai  sudut  samada  dalaman  ataupun  luaran,  dalam  keadaan  tersembunyi  ataupun  terbuka.

Sebagai  seorang  Muslim  yang  menjulang  panji  Islam,  maka  suatu  kemestian  untuk  kita menghiasi  diri  dengan  perhiasan  yang  terbaik  iaitu  segala  isi  kendungan  al-Qur’an. 
Kita  perlu  mengambil  iktibar  daripada  luahan  hati  Syeikh Muhammad Abduh :
“Saya pergi ke Paris, lalu saya bertemu dengan agama Islam tanpa Muslim. Saya kembali ke Kaherah, saya bertemu dengan Muslim tanpa Islam.”  

Dalam  menghayati  identity  sebagai  seorang  Muslim,  Syeikh Fathi Yakan  melalui  bukunya  yang  terkenal  “Maza ya’ni Intima’ Li al-Islam”  menegur  kita :
 “Kebanyakan orang yang menganut agama Islam kerana hobi atau kerana mereka dilahirkan oleh ibu bapa yang Muslim. Pada hakikatnya mereka ini tidak memahami erti penggabungan diri mereka kedalam agama Islam. Mereka juga tidak mengetahui tuntutan daripada penggabungan diri mereka ke dalam agam Islam. Oleh sebab itu, saudara lihat mereka berada di satu pihak sedangkan Islam berada di pihak yang lain.
         
   Hakikat  inilah  yang  perlu  kita  sedari.  Jangan  biarkan  al-Qur’an  dicemuh  kerana  salah  kita  yang  menghafaz  al-Qur’an.  Berhati-hatilah  dengan  peringatan  ini.
Maksudnya : Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, 4 perkara asing di dunia ini;
1.      قرأن في جَوْفٍ ظَالِم 
      [al-Qur’an  di dalam  diri  orang  yang  zalim] 
2.       وَمَسْجِد في نَادِى قَوْمٍ لَا يُصَلُّونَ فِيه   
      [masjid  terdapat dalam  komuniti  kaum  naum  tidak  dikerjakan  solat]
3.        وَمُصْحَفٌ فِي بَيْتٍ لا يَقْرَأُ فِيه 
      [Mushaf  yang  berada  di rumah  yang  tidak  membacanya]
4.        وَرَجُلٌ صَالِح مَعَ قَومٍ سُوءٍ 
      [Dan  lelaki  yang  soleh  berada  dalam  kaum  yang  jahat]

*Riwayat al-Dailami no. 4301, al-Jami’ al-Kabir li al-Suyuti no.59

Dalam  mengingati  pesanan  ini,  maka  elok  sekiranya  kita  menelusuri  saranan  para  ulamak  salafussoleh  terhadap  penghafaz  al-Qur’an.  Sahabat  Rasulullah s.a.w  yang  terkenal  iaitu  Abdullah Ibnu Mas’ud r.a. pernah  mengingatkan  kita. Maksudnya:
Seorang  penghafaz  al-Qur’an  sepatutnya  mengenali  malam  tatkala  manusia  lain  sedang  tidur (menghidupkan  malam  dengan  beribadah),  dan  siang  harinya  ketika  manusia  sedang  berbuka (Berpuasa  sunat),  dan  bersedih  tatkala  manusia  lain  bergembira,  menangis  tatkala  manusia  lain  gelak  ketawa,  diam  tatkala  manusia  lain  berbicara,  penuh  merendah  diri  tatkala  manusia  lain  berbangga  diri.  Sepatutnya  penghafaz  al-Qur’an  itu  seorang  yang  banyak  menangis,  sedih,  tidak  mudah  marah,  tenang  dan  lemah  lembut.  Tidak  sepatutnya  bagi  penghafaz  al-Qur’an  itu  bersikap  kasar,  lalai,  berteriak,  memekik  dan  penuh  kemarahan.
*Musannaf Ibnu Abi Syaibah no. 36734 ; Az-Zuhdu li Ahmad Ibnu Hambal

Tabiin  yang  terkemuka, Imam Fudhail bin Iyadh r.h.m  turut   mengingatkan  kita :
حَامِل القرآن رَايَةِ الإسلام. لا يَنْبَغِي أَن يَلْهُو مَعَ مَن يَلْهُو، ولا يَسْهُو مَعَ مَن يَسْهُو، ولا يَلْغُو مَعَ مَن يَلْغُو
Maksudnya :
“Penghafaz  al-Qur’an  merupakan  panji  Islam.  Tidak  wajar  baginya  bermain-main  bersama  mereka  yang  bermain-main  dan  tidak  ia  lupa  bersama  mereka  yang  lupa  dan  tidaklah  ia  berbicara  yang  sia-sia  bersama  mereka  yang  lalai.”
*Ihya Ulum ad-Din jil. 1 hlm. 274

Beliau  menambah  lagi  dengan  katanya :
“Sewajarnya  bagi  penghafaz  al-Qur’an  agar  ia  tidak  meminta  keperluannya  kepada  seseorang  daripada  pemerintah  dan  sesiapa  yang  berada  di bawah  kekuasaannya.”

Antara  keistimewaan  yang  tidak  ternilai  bagi  seorang  penghafaz  al-Qur’an,  sebagaimana  kata Nabi s.a.w. :
Diriwayatkan  daripada  Abu  Mas’ud al-Ansari r.a,  berkata, Rasulullah s.a.w bersabda : “Orang  yang  paling  berhak  menjadi  imam  bagi  suatu  kaum  ialah  orang  yang  pandai  membaca  kitab  Allah.”
*Riwayat Muslim no.1078. Ibnu Khuzaimah no. 1507, Ibnu Hibban no.2133, an-Nasa’I no.772. At-Tirmizi no. 218. Ibnu Majah no. 970

Dalam  bidang  fatwa  dan  syura  pula,  Islam  mendahulukan  golongan  yang  mahir  dalam  al-Qur’an  berbanding  yang  lain.  Demikian  juga  tatkala  dalam  mengambil  pandangan.  Merekalah  golongan  yang  diterangi  hati  oleh  Allah s.w.t.  dengan  al-Qur’an.

Antara  gelaran  lain  bagi  penghafaz al-Qur’an :
 Ø  Ahli al-Qur’an
 Ø  Hamil al-Qur’an
 Ø  Sahib al-Qur’an
 Ø  Qari al-Qur’an

 
Edited by Hadi Lutch