MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com

Isnin, 31 Disember 2012

Menangis Sebagai Terapi


Semua  orang  Islam  tentu  yakin  kehidupan  dunia  ini  bukanlah  tujuan  Ia  bukan  tempat  tinggal  yang  abadi,  melainkan  tempat  tinggal  yang  sementara  dan pasti  berakhir.  Pada  suatu  waktu  nanti,  kita  akan  dibangkitkan  daripada  kubur  dan  berkumpul  menghadap  pengadilan  Allah.  Surah al-Ghasyiah,  ayat 1 hingga 16,  menyatakan  pada  hari  kiamat,  ada  dua  kelompok  manusia.  Ada  kelompok  berwajah  hitam  kelam  dan  ketakutan   dan  ada  pula  yang  wajahnya  ceria  berseri-seri.  Itulah  kelompok  orang  yang  memperoleh  kebahagiaan.

Dalam  sebuah  laporan,  Nabi s.a.w  berkata ,  “Semua  mata  akan  menangis  pada  hari  kiamat  kecuali  3 mata  :
Pertama-mata  yang  biasa  menangis  di dunia  kerana  takutkan  Allah. 
Kedua-mata   yang  berpaling  daripada  semua  hal  yang  dilarang  Allah.
Ketiga-mata  yang  tidak  tidur  kerana  mendahulukan  keperluan  Allah  dalam  mempertahankan  agamanya.”


 Tangisan  yang  tulus  tidak  hanya  mempunyai  manfaat  normative  iaitu  menyelamatkan  kita  daripada  sentuhan  api  neraka.  Ia  juga  memiliki  nilai  terapi  yang  menyihatkan,  baik  secara  fizikal  mahupun  mental.  Ini  kerana  sewaktu  kita  menangis,  kita  melepaskan  beban emosional  kita  dan  tekanan  terasa  ringan.  Menangis  dapat  menjadikan  kita  berasa  lebih  selesa.  Ahli  Falsafah Yunani,  Aristotle  mengatakan,  menangis  sewaktu  menonton  pertunjukan  teater  adalah  suatu  yang  bermanfaat  kerana  ia  mengurangkan  tekanan.  Proses  itu  disebut  sebagai  katarsis.

Daripada  aspek  imunologi,  menangis  adalah  mekanisme  tubuh  membersihkan  dirinya  sendiri  daripada  bahan-bahan  toksik  atau  racun.  Dalam  sebuah  artikel  klasik  yang  terbit  pada  tahun 1906  dalam American Journal of Psychology,  Alvin Borquist  melaporkan  hasil  kajiannya  iaitu  54  orang  di antara  57  pesakit  merasakan  manfaat   positif  bagi  kesihatan  mereka  selepas mereka  menangis.

William Frey  menemukan, ‘air mata emosional’  iaitu  air  mata  yang  dihasilkan  oleh  orang  yang  menangis  sewaktu  menonton  filem  sedih  berbeza  kendungan  kimianya  daripada  ‘air  mata iritasi’ yang  dihasilkan  apabila  mata  kita  terkena  wap  bawang  merah.  Perbezaannya  adalah  air  mata  emosional  mengandungi   lebih  banyak  protein.  Margaret Crepen  melaporkan, di antara 137 lelaki  dan  wanita,  orang-orang  yang  sihat   cenderung  menangis  dan  memiliki  sikap  positif  pada  air  mata  berbanding  mereka  yang  menghidap colitis  iaitu  sejenis  penyakit   yang  berkait  dengan  tekanan..
Daripada  sudut  Imunologi, menangis  adalah  mekanisme tubuh  bagi  membersihkan  dirinya  sendiri  daripada  bahan-bahan  toksik atau  racun.  Air  mata  mengeluarkan  bahan  kimia  daripada  tubuh,  sama  seperti  peluh  dan  air  kencing.  Air  mata  mengandungi  pelbagai  jenis  garam  yang  berasal  daripada  makanan.  Usus  menyerap  garam  dalam  makanan  sehingga  ia  masuk  ke dalam  aliran  darah.  Sewaktu  darah  mengalir  melalui  kalenjar  penghasil  air  mata,  garam  memasuki  air  mata.
           
 Ahli  kimia  Perancis, Antoine  Lavoisier (1743-1794),  orang  pertama  yang  menyelidik  tentang  air  mata  pada  tahun 1791  mengatakan  air  mata  mengandungi  natrium  klorida (garam meja).  Selain  itu,  air  mata  juga  mengandungi  garam-garam  lain  misalnya  potassium klorida  dan  bahan-bahan  lain  yang  membantu  pembentukan  garam.  Di antaranya  adalah  kalsium,  bikarbonat dan  mangan.  Percubaan-percubaan  yang  dilakukan  lebih  daripada  200 tahun  lalu  menunjukkan  kandungan  sodium (natirum)  yang  berada dalam  air  mata  sama  dengan  kandungan  yang  berada  dalam  darah.

 Selepas  melakukan  analisis dan  sintesis  pada  pelbagai  maklumat  ilmiah  berkenaan  manfaat  tangisan  dan  air  mata  dalam  kesihatan,  saya (penulis buku pesona tahajud) dapat  membuat  beberapa  kesimpulan.
Pertama-Tangisan  dapat membersihkan  enzim  dan  pelbagai  jenis  kuman  yang  dapat  merosakkan  mata. Dengan  kata  lain,  air  mata  berfungsi  menjaga  mata  supaya  ia  tetap  steril  daripada  gangguan  pelbagai  penyakit.
Kedua-Tangisan  mengecilkan  kemungkinan  kita  terkena  luka  dalam  perut.
Ketiga-Tangisan  dan  air  mata mengurangkan  kemungkinan  kita  terkena  gangguan penyakit  fizikal  dan  mengurangkan  tekanan.  Tekanan  adalah  factor  penting  menjadikan  manusia  mudah  terkena  pelbagai  penyakit  seperti  sakit  perut  dan  gangguan  saluran  pencernaan,  sakit  kepala,  darah  tinggi,  serangan  jantung,  gangguan  pembuluh  darah  dan  gangguan  saraf.

Dalam  usaha  penyembuhan  daripada  pelbagai  penyakit,  dunia  perubatan  moden  menawarkan  beberapa  kaedah.  Namun  di samping  besarnya  biaya  yang  perlu  kita  keluarkan,  tidak  ada  jaminan  kita  akan  sembuh  sepenuhnya  dan  pada  masa  yang  sama,  terhindar  daripada  kesan  sampingan.  Apa  yang  jauh  lebih  baik  adalah  mencegah  diri  kita  daripada  terkena  penyakit-penyakit  itu.  Salah  satu  cara  pencegahan  dan  penyembuhan  adalah  dengan  mengurangkan  tekanan  mental.  Dalam  hal  ini,  tangisan  dan  air  mata  dalam  solat  tahajud  adalah  sarana  yang  berkesan  bagi  menurunkan  tekanan  dan  memperbaiki  sistem  ketahanan  tubuh  kita.

P/s : kalau dah  sebulan  lebih  kita  tak  nangis,  check  balik  hati  tu..  mungkin  dah  bersawang..
Hanya  hati  lembut  mudah  menangis.. ^_^

Ruj : Pesona Solat Tahajud by Prof Dr. Muhammad Salleh Ph.D,  Terbitan Penerbit Hikmah, Jakarta Selatan, Indonesia.


Tiada ulasan:

 
Edited by Hadi Lutch